BATU GAJAH, 20 Sept -- Tapak repositori atau penyimpanan sisa 'thorium hydroxide' iaitu sejenis bahan radioaktif di Mukim Belanja, Lahat di sini, adalah selamat kerana pengawalannya dilaksanakan mengikut peraturan dan ketetapan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).
Ketua Komunikasi Korporat Strategik Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc), Siti Kamesah Bee Mohd Hashim berkata tapak seluas 5.86 hektar itu mula dikawal selia oleh pihak perbadanan sejak Januari lepas.
Beliau berkata tapak repositori itu telah mendapat audit pengiktirafan pada tahap sangat memuaskan daripada segi penyelengaraan, pengurusan, pemantauan dan pematuhan daripada AELB selama dua tahun berturut-turut.
"Pihak AELB menetapkan Program Perlindungan Sinaran menerusi Pemantauan Radiologi Alam Sekitar perlu dilaksanakan oleh pemegang lesen mengikut syarat dan spesifikasi yang ditetapkan meliputi radiasi, sampel pepejal seperti sedimen, tanah dan sampel air yang diambil secara berkala dan dianalisis untuk dihantar ke Agensi Nuklear Malaysia.
"Oleh itu, pihak MB Inc sentiasa memastikan agar keadaan sekeliling seperti kawasan persekitaran dan orang ramai berada dalam keadaan yang selamat," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak berkenaan di sini hari ini.
Siti Kamesah Bee berkata paras radiasi di kawasan itu tidak menunjukkan tahap bahaya berdasarkan maklumat daripada sistem pengesanan paras radiasi yang ada di kawasan tersebut.
Baru-baru ini, sebuah portal berita melaporkan penduduk Kampung Bukit Merah di sini bimbang kemungkinan berlaku pencemaran sisa radioaktif dari sebuah kilang kimia yang ditutup pada 1990 ditanam di Mukim Belanja.
Penduduk mendakwa kerajaan negeri juga tidak memaklumkan kepada mereka jika pemeriksaan berkala dilakukan di kilang kimia itu yang jaraknya hanya 100 meter dari kawasan penempatan.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]