Berita

Petronas mahu pertingkat keselamatan kemudahan kritikal



KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) merancang untuk mempertingkat keselamatan kemudahan kritikalnya susulan kejadian serangan ke atas dua loji minyak utama kendalian Saudi Aramco iaitu syarikat minyak gergasi Arab Saudi.

Berikutan itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata Petronas kini dalam proses berbincang dengan pihak berkuasa dan pihak berkepentingan yang relevan mengenai perkara tersebut.

"Serangan menggunakan dron adalah satu risiko yang ketara. Kita telah (memulakan) perbincangan dengan pihak berkuasa dan pihak berkepentingan sewajarnya mengenai perkara itu.

"Bagi saya, kita perlu membiasakan diri dengan teknologi bagi melindungi fasiliti yang ada," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengumumkan prestasi kewangan kumpulan itu bagi separuh pertama berakhir 30 Jun, 2019, di sini, hari ini.

Mengulas kerjasama dengan Saudi Aramco, Wan Zulkiflee berkata usaha itu berjalan lancar dan Kompleks Bersepadu Pengerang di landasan tepat mencapai operasi komersial pada suku keempat tahun ini dengan keseluruhan perkembangan mencecah 99.7 peratus setakat 30 Jun, 2019.

Bagi prospek minyak, beliau berkata perang perdagangan telah menjejaskan permintaan manakala pihak Agensi Tenaga Antarabangsa menyemak turun unjuran pengeluaran kepada satu juta tong sehari pada September berbanding sehingga 1.5 juta tong minyak sehari pada Januari.

“Itu sahaja mewakili pengurangan sebanyak 33 peratus dalam tempoh sembilan bulan. Apa juga yang dilakukan dari segi perancangan, kita mahukan Petronas memiliki pelan belanjawan yang kukuh dan saya percaya (harga minyak itu) sekitar pertengahan US$50 setong tahun depan," katanya.

Wan Zulkiflee berkata pelaburan modal bagi separuh pertama 2019 adalah sebanyak RM15.7 bilion yang disumbangkan oleh projek-projek huluan.

Petronas telah memperuntukkan pelaburan modal melebihi RM50 bilion bagi tahun ini.

Menurutnya, berdasarkan tahun-tahun lepas, tempoh separuh kedua lazimnya menjadi fasa yang banyak melibatkan aspek belanjawan tersebut.

-- BERNAMA 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]