Berita

Keuntungan bersih Petronas pada Q2 meningkat 8 peratus kepada RM14.7 bilion

KUALA LUMPUR, 20 Sept -- Keuntungan bersih Petroliam Nasional Bhd (Petronas) meningkat 8.0 peratus kepada RM14.7 bilion bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2019, daripada RM13.6 bilion setahun lepas, bersandarkan penyusutan ringgit berbanding dolar US, sebahagiannya dihadkan oleh kos pengeluaran lebih tinggi.

Perolehan bagi suku itu sebanyak RM59.1 bilion, susut sedikit daripada RM59.2 bilion, terutamanya disebabkan purata harga yang direalisasikan bagi produk petroleum dan gas asli cecair (LNG). 

Perolehan lebih rendah bagi suku itu dihadkan oleh jumlah jualan minyak mentah dan pekatan serta LNG lebih tinggi, ditambah dengan kesan daripada penyusutan ringgit berbanding dolar US.

Perbelanjaan modal pada suku kedua 2019 sebanyak RM7.5 bilion, terutamanya disumbangkan oleh projek huluan.

Presiden dan Ketua Pegawai Ekskeutif kumpulan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata Petronas terus mencatatkan prestasi kewangan sihat bagi separuh pertama tahun ini dii sebalik keadaan pasaran yang terus mencabar.

"Perjalanan pertumbuhan kami akan terus dipandu oleh strategi tiga serampang kami dan kami akan memajukan usaha kami untuk membina daya tahan organisasi dalam mendepani ketidaktenuan pasaran yang dijangka berpanjangan dan perubahan landskap tenaga," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, bagi separuh pertama 2019, keuntungan bersih syarikat minyak negara itu meningkat  9.0 peratus kepada  RM28. 9 bilion daripada RM26.6 bilion tahun ke tahun, mendorong perolehan lebih tinggi.

Bagaimanapun, peningkatan itu dihadkan oleh kos pengeluaran lebih tinggi.

Perolehan bagi tempoh itu meningkat sebanyak RM3.9 bilion kepada RM121.1 bilion daripada RM117. 2 bilion terutamanya dipacu jumlah jualan lebih tinggi bagi produk petroleum dan gas asli cecair serta penyusutan ringgit berbanding dolar US.

Kadar jumlah pengeluaran bagi separuh pertama 2019 sebanyak 2.418 juta tong bersamaan minyak (boe) sehari, meningkat daripada 2.383 juta boe pada tempoh sama tahun lepas, terutamanya disebabkan pengeluaran gas asli lebih tinggi daripada Malaysia, tetapi sebahagiannya dihadkan oleh minyak mentah lebih rendah daripada Iraq.

Jumlah jualan LNG bagi tempoh enam bulan 2019 naik 5.0 peratus kepada 15.23 juta tan berbanding tempoh sama tahun lepas, terutamanya disebabkan jumlah lebih tinggi daripada Kompleks LNG Petronas di Bintulu dan peningkatan aktiviti dagangan.

Sementara itu, Kompleks Bersepadu Pengerang di Johor berada di landasan untuk mencapai operasi komersial pada suku keempat tahun ini dengan kemajuan keseluruhan pada 99.7 peratus setakat 30 Jun, 2019.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]