Prof K.S. Jomo (Pix source: says.com)
KUALA LUMPUR, 19 Sept -- Keazaman politik yang teguh diperlukan untuk menjayakan sektor tenaga boleh diperbaharu di Malaysia, menurut pakar ekonomi terkenal, Prof. Jomo Kwame Sundaram.
Beliau berkata Malaysia memiliki banyak potensi berkaitan panel solar fotovoltaik dan biodiesel berasaskan minyak sawit.
“Pada masa ini di Eropah, kereta dijanakan oleh biodiesel, namun di Malaysia, kita membahaskan mengenai sama ada kita boleh atau tidak memajukannya. Keazaman politik perlu ada. Kita sewajarnya melaksanakan peralihan yang tekad untuk menggalakkan biodiesel berasaskan minyak sawit.
“Tidak semestinya menerusi belanjawan ini, namun pastinya kita perlu memberi petunjuk jelas bahawa kita serius mengenai pengeluaran tenaga boleh diperbaharu,” katanya kepada pemberita selepas membuat pembentangan di Forum Awam Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi mengenai Belanjawan 2020 - Menjadikan Kemakmuran Yang Dikongsi Satu Realiti di sini, hari ini.
Jomo yang juga penasihat penyelidikan di Institut Penyelidikan Khazanah berkata pada masa ini Malaysia merupakan pengeksport panel solar terbesar ke Amerika Syarikat, namun hanya sebilangan kecil firma Malaysia terlibat dalam industri ini.
Terdahulu dalam pembentangannya, beliau berkata pengembangan dasar fiskal kini adalah perlu, khususnya untuk menyokong ekonomi Malaysia di tengah-tengah kelembapan ekonomi global.
“Sekiranya ekonomi ini dirangsangkan sekarang dalam keadaan ekonomi dunia menyusut lagi, kita akan berada dalam situasi lebih baik.
“Kita tidak dapat menghindari kemelesetan ekonomi global, yang mungkin berlaku, namun sekurang-kurangnya kita tidak akan begitu terjejas,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]