Berita

Allianz General, Anora dan Solarvest meterai MoU galak penggunaan tenaga boleh diperbaharui



KUALA LUMPUR, 19 Sept  -- Allianz General Insurance Company Bhd dan rakan agensinya, Anora Agency Sdn Bhd, akan bekerjasama dengan Solarvest Holdings Bhd untuk mewujudkan masa depan yang lebih lestari dan mesra alam menerusi penggalakan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

Di bawah memorandum persefahaman (MoU) antara ketiga-tiga pihak  itu, Allianz General dan Anora akan melindungi perniagaan, aset dan projek Solarvest dengan pelbagai penyelesaian insuransnya, termasuk SolarPro All Risk Insurance, yang diedarkan secara eksklusif oleh Anora, kata Allianz General dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Bhd Zakri Khir berkata Allianz Malaysia berbangga menyokong pemain tempatan dalam industri fotovoltaik (PV) solar dan mengisi jurang perlindungan dalam ekosistem PV solar.

“Ini merupakan sumbangan syarikat ke arah membantu mencapai matlamat kerajaan untuk meningkatkan penjanaan tenaga boleh diperbaharui negara daripada dua peratus kepada 20 peratus dalam tempoh enam tahun akan datang,” katanya.

Solarvest, yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE bulan depan, merupakan salah satu peneraju ladang solar berskala besar, dengan pensijilan daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), Institut Kualiti Tenaga Lestari (ISPQ) dan Fotovoltaik Bersambung Grid (GCPV).

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]