RIYADH, 18 Sept (Bernama) -- Menteri Tenaga Arab Saudi Abdulaziz bin Salman Al Saud pada Selasa berkata pengeluaran minyak negara itu, yang sebelum ini digantung susulan serangan ke atas dua loji utama Aramco, dijangka pulih sepenuhnya menjelang akhir September, lapor agensi berita China Xinhua.
Bercakap kepada media di Jeddah semasa satu sidang akhbar, Abdulaziz berkata Arab Saudi akan mengekalkan bekalan minyak secara penuh kepada pelanggannya bulan ini, sambil menambah bahawa kerajaan itu terpaksa menggunakan rizab simpanan bagi memastikan bekalan akan berterusan seperti biasa, manakala kapasiti pengeluaran minyak akan pulih kepada 11 juta tong sehari menjelang akhir September.
Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco Amin Nasser berkata syarikat itu mengambil masa kurang tujuh jam untuk memadamkan kebakaran selepas serangan di Abqaiq dan Khurais.
Pada sidang akhbar itu, turut didedahkan bahawa operasi di Khurais disambung semula 24 jam selepas serangan.
Sementara itu, Nasser berkata pengeluaran minyak di Abqaiq ketika ini menghasilkan sejumlah dua juta tong sehari dan keseluruhan output dijangka pulih kepada kadar sebelumnya menjelang akhir September.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]