Berita

Sasaran penjanaan tenaga diperbaharui 50 peratus menjelang 2050 boleh dicapai - Accenture



Oleh Azlee Nor Mahmud

KUALA LUMPUR, 17 Sept  -- Sasaran penjanaan tenaga diperbaharui sebanyak 50 peratus menjelang 2050 oleh kerajaan boleh dicapai dengan sokongan dan trajektori semasa, kata Pengarah Urusan Asean Smart Grid Services Lead, Accenture, Singapura, Lim Chih Shoong.

Beliau berkata ia adalah kritikal dan kerajaan telah memperkenalkan satu konsep gaya hidup bagi negara agar semua orang boleh berusaha mencapai sasaran yang sama.

"Pelaburan besar diperuntukkan bagi tenaga boleh diperbaharui, dan hanya untuk kenderaan elektrik sahaja, Malaysia membelanjakan kira-kira RM5 bilion," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Sementara itu, Lim berkata berdasarkan trend serantau, pengeluaran panel solar dan sel bateri juga akan dipertingkatkan.

"Kemajuan teknologi telah mengurangkan kos untuk tenaga boleh diperbaharui, menjadikannya lebih baik dan lebih murah. Tidak ada perbezaan dalam penyimpanan utiliti berbanding teknologi telefon bimbit, kerana ia sentiasa berubah dan menjadikannya lebih baik dan cekap kos.

"Kami melihat kepada penyimpanan (tenaga) besar-besaran, daripada saiz kontena hingga separuh saiz dan harga akan terus menurun, berikutan peningkatan kecekapan dan ia tidak akan berhenti dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata Accenture mempunyai pandangan, iaitu Wise Pivot - penyelesaian model pasaran yang akan membantu mengubah perniagaan teras bagi mengoptimumkan proses teras dan memanfaatkan nilai yang ada dalam operasi semasa, memacu kapasiti pelaburan dengan penyelesaian berkeupayaan digital yang canggih.

"Mengembangkan perniagaan teras untuk menjana pertumbuhan. Penyedia tenaga boleh mengembangkan perniagaan teras mereka dengan pelaburan berpilih dalam tenaga diperbaharui dan penjanaan, dalam peningkatan dan pengembangan grid, serta pengoptimuman pengagihan dan pengembangan berasaskan pelanggan semasa," katanya.

--BERNAMA


 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]