Berita

Sakuraenergy bangunkan sistem penjanaan serba baharu bagi tenaga boleh diperbaharui

KUALA LUMPUR, 17 Sept -- Sakuraenergy Co Ltd membangunkan sebuah sistem penjanaan serba baharu untuk tenaga boleh diperbaharui, PARASOLA, untuk memberi penjimatan, mewujudkan dan menyimpan tenaga secara serentak dan berkesan.

Dalam kenyataan, Sakuraenergy berkata PARASOLA dapat membekalkan jumlah elektrik yang hampir sama seperti sistem solar konvensional, stabil dan tidak terjejas oleh cuaca.

Selain itu, PARASOLA menggunakan lokasi baharu untuk penjanaan tenaga berikutan ia hanya memerlukan ruang berukuran satu meter persegi untuk menghasilkan tenaga elektrik di rumah.

‘PARASOLA Residence’ direka untuk kegunaan kediaman, menyediakan maksimum 24kW sehari, cukup untuk menampung tenaga elektrik yang diperlukan oleh purata isi rumah di Jepun dan kebanyakan kawasan di luar negara.

Sakuraenergy kini mempromosikan pembangunan produk selanjutnya dan pada masa sama membincangkan peluang pembangunan dan perikatan perniagaan di dalam negeri dan di luar negeri dengan merancang untuk memasarkan produk di peringkat global pada akhir 2020.

Maklumat lanjut di http://www.sakuraenergy.jp manakala video promosi YouTube boleh didapati di https://youtu.be/RPbKZo_qSYY 

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]