Mark Esper (Photo: -/Saudi Press Agency/dpa)
WASHINGTON, 17 Sept -- Tentera Amerika Syarikat (AS) akan mencari jalan bagi menangani serangan yang berlaku pada hujung minggu ke atas loji minyak Arab Saudi, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan Setiausaha Pertahanan AS Mark Esper.
"Tentera AS, dengan pasukan antara agensi kami, kita berusaha mencari jalan bagi menangani serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan mempertahan perintah berdasarkan peraturan antarabangsa...," kata Esper menerusi Twitter pada Isnin.
Esper berkata beliau menyertai satu mesyuarat di Rumah Putih dan pemimpin Pentagon serta pegawai lain telah memberi taklimat kepada Presiden Donald Trump mengenai situasi itu.
Katanya beliau juga telah bercakap dengan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammad bin Salman serta Menteri Pertahanan Iraq Najah al-Shammari pada hujung minggu mengenai serangan itu.
Pada Ahad, Trump mentweet bahawa AS telah "bersiap siaga" selepas serangan dilancarkan pada Sabtu ke atas dua loji utama syarikat minyak milik negara Arab Saudi, Aramco.
Pemberontak Houthi dari Yaman telah mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu namun dengan pantas disangkal oleh AS.
Di Twitter, Setiausaha Negara AS Mike Pompeo berkata "tiada bukti serangan itu datangnya dari Yaman" dan menuduh Iran melancarkan "satu serangan yang belum pernah terjadi sebelumnya ke atas bekalan tenaga dunia."
Iran bagaimanapun telah menafikan memainkan sebarang peranan dalam insiden itu.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]