Berita

Sirim terima pengiktirafan pada Anugerah Tenaga ASEAN 2019



KUALA LUMPUR, 5 Sept -- Sirim Bhd, yang merupakan sebuah agensi penyelidikan dan teknologi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menerima pengiktirafan Anugerah Tenaga ASEAN 2019 pada Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN mengenai Tenaga ke-37 dan Mesyuarat Berkaitan di Bangkok. 

Pengiktirafan itu diberikan di bawah kategori penyerahan khas adalah bagi projek bertajuk 'Bio Mampat-Gas Asli untuk Mobiliti Hijau dan Penjanaan Tenaga dalam Industri Kelapa Sawit ' yang membabitkan amalan terbaik bagi penjanaan tenaga daripada biogas yang tidak dipakai.

  "Projek itu bertujuan untuk menghasilkan bahan api alternatif yang mematuhi piawaian automotif dan menggalakkan pengurangan aktiviti gas rumah hijau.

"Ia juga menunjukkan bahawa Gas Bio-Asli (BioNG) boleh dikeluarkan pada skala separa komersial serta untuk mengukuhkan pengkomersilan BioNG sebagai bahan api alternatif kepada loji janakuasa diesel dan pengguna industri," kata SIRIM dalam satu kenyataan hari ini. 

BioNG merupakan gas asli yang terhasil daripada sisa bio seperti sisa minyak sawit, makanan atau industri.

Projek BioNG SIRIM membabitkan reka bentuk, pembinaan, pentauliahan dan operasi sebuah kilang komersial di Merotai, Tawau, Sabah untuk menghasilkan biogas yang dijana daripada efluen kilang minyak sawit.

Presiden SIRIM dan Ketua Eksekutif Kumpulan Prof Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani menerima pengiktirafan itu daripada Menteri Tenaga, Tenaga Manusia dan Industri Brunei Datuk Seri Setia Dr Awang Mat Suny Md Hussein. 

Anugerah Tenaga ASEAN adalah badan pengiktirafan merangkumi 10 negara bagi amalan terbaik dalam pembangunan industri tenaga di rantau ini.

-- BERNAMA

 


 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]