Berita

Projek gas syal Lotte Chemical USA Corp mulakan operasi komersial

KUALA LUMPUR, 5 Sept  -- Projek gas syal Lotte Chemical USA Corporation (LC USA), yang merupakan projek pelaburan usaha sama 40:60 antara Lotte Chemical Titan Holding Bhd dan Lotte Chemical Corporation (LCC), memulakan operasi komersial pada Ogos 2019.

LCC adalah firma yang berpangkalan di Korea Selatan.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Lotte Chemical Titan berkata kemudahan petrokimia berskala besar terletak di Lake Charles, Louisiana itu merangkumi dua kemudahan pengeluaran yang boleh mengeluarkan satu juta tan etilena dan 700,000 tan monoetilena glikol setahun.

Projek berkenaan, yang mencapai operasi tepat masa dan menepati belanjawan, didorong rekod prestasi pengetahuan teknikal dan kemahiran pengurusan projek yang cemerlang dimiliki LCC.

“Menerusi projek ini, Lotte Group gembira apabila syarikat petrokimia Korea pertama membangunkan dan mengoperasikan kompleks petrokimia di Amerika Syarikat.

“Ia akan memperluaskan kedudukan global Lotte Group dan menyumbang secara positif kepada kapasiti pengeluaran etilena dunia LCC yang akan mencecah 4.5 juta tan setahun, menjadikannya pengeluar etilena ketujuh terbesar di dunia serta pengeluar domestik terbesar.

-- BERNAMA


 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]