KUALA LUMPUR, 4 Sept -- Anak syarikat Petra Energy Bhd (PEB), Petra Resources Sdn Bhd, menerima kontrak daripada Petronas Carigali Sdn Bhd bagi pembekalan perkhidmatan penyenggaraan utama bahagian atas pelantar minyak, pengoperasian dan sambungan.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Petra Energy berkata tempoh kontrak adalah 15 bulan mulai 15 Ogos, 2019 hingga 15 Nov, 2020.
“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham PEB Group sepanjang tempoh kontrak,” menurutnya.
Syarikat itu berkata kontrak tersebut tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham utama PEB Group.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]