Berita

TNB nafi bekerjasama dengan individu tawar perkhidmatan pasang sistem suria



 

KUALA LUMPUR, 4 Sept -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan bekerjasama dengan individu yang menawarkan perkhidmatan pemasangan sistem suria di masjid dan surau seperti yang ditularkan dalam media sosial.

TNB dalam kenyataan hari ini bagaimanapun berkata bahawa anak syarikatnya iaitu GSPARX Sdn Bhd, ada menawarkan skim pemasangan sistem suria tanpa modal awalan kepada semua pelanggan komersial dan industri yang layak termasuk masjid dan rumah ibadat.

Menurut kenyataan itu, skim yang dinamakan Solar Energy Purchase (SEP) membolehkan pelanggan menikmati penjimatan bil melalui penjanaan tenaga suria di atas bumbung.

Untuk rekod, TNB mempunyai pegangan dalam GSPARX menerusi anak syarikat milik penuhnya, TNB Renewable pula mempunyai 100 peratus kepentingan dalam GSPRAX.

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan GSPARX boleh didapati di laman sesawang www.tnb.com.my/solar, www.gsparx.com atau emel ke enquiry@gsparx.com.


-- BERNAMA

 


 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]