Berita

Yeo akan ketuai delegasi Malaysia ke AMEM ke-37 di Bangkok



PUTRAJAYA, 3 Sept  -- Menteri Tenaga, Sains. Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Tenaga ke-37 dan Mesyuarat Berkaitan (AMEM Ke-37) mulai esok hingga 6 Sept di Bangkok, Thailand.

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dalam kenyataan hari ini berkata  AMEM Ke-37, bertemakan ‘Meningkatkan Peralihan Tenaga menerusi Kerjasama dan Inovasi’, merupakan platform penting untuk Yeo berbincang dan bertukar pandangan dengan rakan sejawatnya iaitu Menteri-Menteri Tenaga ASEAN, Menteri-Menteri Tenaga Sidang Kemuncak Asia Timur dan Menteri-Menteri Tenaga ASEAN 3.

Ini termasuk kerjasama tenaga serantau dan meningkatkan usaha sama antarabangsa dengan organisasi berkaitan tenaga antarabangsa utama seperti Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dan Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (IRENA), katanya.

MESTECC berkata kemajuan  ASEAN untuk mencapai sasarannya seperti digariskan dalam Pelan Tindakan bagi Kerjasama Tenaga ASEAN (APAEC) 2016-2025 (Fasa I: 2016-2020), termasuk sasaran untuk mencapai 23 peratus tenaga boleh diperbaharui dalam jumlah bekalan tenaga utama  menjelang 2025, akan dibincangkan pada mesyuarat itu.

"Malaysia juga akan berkongsi kisah kejayaannya serta cabaran dihadapi dalam meningkatkan sasaran tenaga boleh diperbaharui (RE) dalam campuran elektrik negara itu kepada 20 peratus pada 2025," katanya.

MESTECC berkata hasil mesyuarat itu dijangka meningkatkan keterlihatan Malaysia dalam landskap tenaga ASEAN dan akan meningkatkan lagi kerjasama Malaysia dengan negara anggota ASEAN yang lain ke arah tenaga mampan masa depan bagi rantau  ASEAN.

-- BERNAMA


 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]