KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Petronas Dagangan Bhd akan mengkaji semula perniagaan kenderaan gas asli (NGV) berikutan penurunan permintaan di seluruh negara, kata Pengarah Urusannya Datuk Seri Syed Zainal Abidin.
Beliau berkata Petronas bertanggungjawab memastikan stesennya tetap beroperasi untuk menyediakan NGV kepada teksi, namun pengurangan antara 15 dan 20 peratus dalam permintaan setiap tahun, mendorong syarikat itu untuk mengkaji semula perniagaan berkenaan.
"Kami mendapati sejak beberapa tahun terakhir ini, permintaan telah menurun, kita sedang kaji semula dan membincangkan dengan kerajaan mengenai jenis tenaga alternatif seterusnya untuk kenderaan.
"Kerajaan sedang merangka program, kita menyedari kehadiran kereta hibrid dan elektrik, jadi mungkin ada tahap di mana orang akan bertukar kepada kenderaan dengan tenaga alternatif ini," kata Syed Zainal kepada pemberita.
Beliau ditemui selepas melancarkan acara pertukaran mata dua hala Petronas Mesra dan AirAsia BIG di sini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd (RedBeat Ventures) Aireen Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia BIG Spencer Lee.
Syed Zainal juga berkata Petronas Dagangan merancang meningkatkan sumbangan hasil daripada segmen bukan bahan api kepada 30-35 peratus pada masa depan daripada 14 peratus sekarang.
Beliau berkata langkah itu akan menyediakan kemampanan jangka panjang bagi syarikat itu, dengan menyatakan bahawa penanda aras standard hasil di rantau ini kini berada pada tahap 40 peratus.
Pada majlis itu, AirAsia BIG menambah Petronas Mesra ke platform pertukaran mata segera BIG Xchange, rakan pertama pertukaran mata dua hala yang membolehkan Ahli BIG dan Ahli Mesra lebih banyak kebebasan untuk memilih cara menggunakan mata kesetiaan mereka.
Mulai hari ini, Ahli BIG akan boleh menghubungkan akaun Petronas Mesra mereka ke akaun AirAsia BIG mereka melalui BIG Xchange, yang boleh didapati diaplikasi mudah alih AirAsia BIG, untuk segera menukar Mata Mesra kepada Mata Ganjaran BIG dan sebaliknya.
Penukaran ini adalah 1,250 Mata Ganjaran BIG untuk 600 Mata Mesra, dan 2,000 Mata Mesra untuk 500 Mata Ganjaran BIG.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]