KOTA BHARU, 28 Ogos -- Suruhanjaya Tenaga (ST) merekodkan 1,005 kes kemalangan elektrik dari 2002 hingga Ogos tahun ini dengan 499 kes kematian dan 506 kes kecederaan.
Pengarah Jabatan Kawal Selia Keselamatan ST Ir Md Zakuan Ibrahim berkata jumlah itu termasuk 31 kes di seluruh negara tahun ini yang membabitkan 9 kematian dan 22 kecederaan.
"Daripada siasatan yang dilakukan pemasangan yang tidak sempurna adalah penyumbang utama kepada kes kemalangan iaitu sebanyak 36 peratus diikuti kegagalan mematuhi prosedur kerja selamat 30 peratus.
"Manakala selebihnya adalah penyalahgunaan sistem pendawaian, kerosakan perkakasan elektrik, pencerobohan dan aktiviti orang awam di kawasan pemasangan elektrik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Mempertingkatkan Kesedaran Keselamatan Elektrik dan Gas Secara Berkesan di sini, hari ini.
Seminar tersebut dihadiri 200 peserta daripada pelbagai pihak termasuk jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pengimport dan penjual kelengkapan elektrik, hotel, kontraktor dan pengusaha dobi bagi meningkatkan kesedaran berkenaan isu keselamatan elektrik dan gas berpaip.
Md Zakuan berkata ST memandang serius berhubung kes yang membabitkan kemalangan elektrik kerana ia melibatkan hidup dan mati seseorang.
"Oleh itu ST sentiasa berusaha mengenalpasti kaedah berkesan dan menambahbaik peruntukan undang-undang dan piawaian standard sedia ada supaya kemalangan dapat dibendung," katanya.
Katanya kes melibatkan kemalangan elektrik telah menurun dari semasa ke semasa dan terdapat 31 kes telah dilaporkan sehingga Ogos tahun ini berbanding 56 kes sepanjang tahun lepas.
Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata pengusaha dobi khususnya dobi layan diri yang beroperasi selama 24 jam perlu memastikan sistem perpaipan gas yang dipasang memenuhi keperluan yang ditetapkan dalam Akta Bekalan Gas 1993 dan Peraturan-peraturan Gas 1997.
Katanya antara kelulusan yang diperlukan dalam pengendalian premis dobi termasuk kelulusan untuk memasang, kelulusan mengendali dan lesen yang semuanya dikeluarkan oleh ST.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]