KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Halliburton Company baru-baru ini menyampaikan US$10,000 kepada Yayasan MyKasih Malaysia sempena ulang tahun ke-100nya. (US$1=RM4.20).
Menurut kenyataan, syarikat itu juga menyerahkan jumlah yang sama kepada tujuh organisasi yang ditubuhkan bukan untuk membuat keuntungan di seluruh operasinya di Asia Pasifik.
Penerima sumbangan itu terdiri daripada Child Rights and You (India); Royal Flying Doctor Service (Australia); Australian Red Cross (Australia); Habitat for Humanity (Indonesia); The People’s Association (Singapura); Migrant Children’s Foundation (China) dan, Baan Songkhla Orphanage (Thailand).
"Aktiviti kebajikan Halliburton dimulakan oleh pengasas kami, Erle P. Halliburton, yang menetapkan komitmen syarikat kepada masyarakat di tempat kami tinggal dan bekerja,” kata Naib Presiden Kanan Halliburton Asia Pasifik, Sid Whyte.
"Kami bangga meneruskan warisannya dan menyumbang kepada pertubuhan yang ditubuhkan bukan untuk membuat keuntungan, yang berusaha memberi sumbangan besar kepada masyarakat di kawasan operasi utama kami."
Penerima geran HAL100 untuk rantau ini termasuk organisasi yang mempunyai matlamat yang selari dengan Halliburton Pillars of Giving: pendidikan, alam sekitar, kesihatan dan keselamatan serta perkhidmatan sosial.
Diasaskan pada 1919, Halliburton meraikan 100 tahun perkhidmatannya sebagai antara pembekal produk dan perkhidmatan terbesar di dunia untuk industri tenaga. Syarikat ini memberikan geran US$10,000 kepada 100 organisasi yang ditubuhkan bukan untuk membuat keuntungan di seluruh dunia sepanjang termpoh berbaki tahun 2019.
Maklumat lanjut boleh diperoleh di https://www.halliburton.com.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]