Berita

Malaysia kaji kurangkan ketidakseimbangan perdagangan Vietnam-Malaysia



KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Malaysia sedang mengkaji untuk mengurangkan ketidakseimbangan perdagangan dengan Vietnam, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Malaysia mahu melihat saiz perdagangan meningkat tetapi dengan lebih banyak import oleh Malaysia dari Vietnam bagi mengurangkan ketidakseimbangan perdagangan antara kedua-dua negara.,” katanya pada sidang media bersama dengan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc di Hanoi hari ini.

Dr Mahathir tiba di Hanoi pada Isnin malam bagi lawatan rasmi tiga hari ke republik sosialis itu atas undangan rakan sejawatnya.

Dr Mahathir berkata pada lawatan itu, pemimpin kedua-dua negara bersetuju untuk memanfaatkan kekuatan ASEAN bagi mengembangkan ekonomi masing-masing dan juga untuk menangani masalah dihadapi rantau dan dunia.

Bagi tempoh Januari-Jun 2019, perdagangan Malaysia dengan  ASEAN menguncup 1.9 peratus kepada RM239.43 bilion berbanding tempoh yang sama pada  2018, menurut data Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Eksport ke rantau itu meningkat 1.6 peratus kepada RM139.39 bilion, dipacu peningkatan eksport produk elektrik dan elektronik, produk besi dan keluli, gas asli cecair, petroleum pekat dan minyak petroleum yang lain, serta peralatan optik dan saintifik.

Import, bagaimanapun, merosot 6.4 peratus kepada RM100.05 bilion pada separuh pertama tahun ini.

Kali terakhir Dr Mahathir melakukan lawatan kerja ke Vietnam adalah pada 1998  untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN, dan kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik sejak 1973.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]