MUAR, 26 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Tenaga (ST) mempergiatkan program kesedaran dan kemasyarakatan bagi meningkatkan pemahaman orang ramai mengenai kecekapan tenaga, keselamatan elektrik dan gas di premis serta kediaman.
Pengarah Kawasan ST Johor, Nazlin Ab Alik Sidiki berkata program kesedaran itu juga akan difokuskan kepada pelajar-pelajar tahfiz dan asrama bagi memastikan pengetahuan mengenainya dapat diterap serta disebar luas.
Beliau berkata, objektif program seumpama itu adalah bagi membolehkan orang ramai sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dengan memastikan pendawaian elektrik di bangunan mereka duduki selamat.
"Kita kerap adakan seminar di seluruh negeri ini untuk beri kesedaran kepada orang awam dan berharap mereka lebih prihatin mengenainya di samping memastikan ia (pendawaian elektrik) sentiasa berfungsi dengan baik.
"Mungkin sebilangan masyarakat kurang ambil berat isu pendawaian kerana kurang hebahan mengenainya," kata beliau kepada Bernama pada program Touchpoint Pembaikan Pendawaian di Madrasah Tahfiz Al-Ikhsan, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Nazlin berkata pada program itu, ST memperuntukkan RM10,000 bagi melaksana kerja-kerja pembaikan pendawaian, pengujian serta pemasangan kelengkapan elektrik seperti kipas dan lampu cekap tenaga.
Katanya program itu turut mendapat kerjasama daripasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Islam Daerah serta Giatmara Ledang.
"Pusat tahfiz ini terpilih setelah kami menerima makluman ia baharu sahaja terlibat dalam kejadian ribut dan ST mengambil kesempatan untuk sama-sama menyumbang bagi membaiki madrasah terutama daripada aspek pendawaian dan keselamatan elektrik.
"Program touchpoint ST dilaksanakan sepanjang tahun seluruh negara bagu membantu premis institusi-institusi tidak berkepentingan serta golongan kurang berkemampuan bagi memastikan pendawaian elektri di kediaman yang diduduki selamat.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]