Berita

Kementerian agresif laksana kempen Sayangi Sawitku secara berterusan



MELAKA, 24 Ogos (Bernama) -- Kerajaan menerusi Kementerian Industri Utama, terus agresif dalam melaksanakan kempen berterusan bagi memastikan pengeluaran minyak sawit mencapai kira-kira 20 juta tan metrik setahun untuk eksport, selain mencari pasaran baharu. 

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, berkata untuk itu kerajaan  melaksanakan dua strategi untuk meningkatkan jumlah eksport dalam pasaran sedia ada dan mencari pasaran baharu menerusi siri lawatan dan program memperkenal minyak sawit di negara lain.

Beliau berkata usaha itu dilihat mampu membuka jalan untuk mengembangkan pasaran minyak sawit di pasaran lain.

"Jika dahulu mereka mengimport sebanyak 500,000 tan, kita mahu mereka menambah jumlahlah pada masa akan datang.

"Selain itu kita juga melihat pasaran yang sangat baik di Benua Afrika, Kita akan tingkat usaha ini pada bulan-bulan mendatang untuk promosikan khasiat minyak sawit," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri demostrasi Masakan Sayangi Sawitku bersama chef selebriti, Florence Tan, sempena Festival Makanan Melaka 2019, di Jalan Kota Banda Hilir di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata kementerian itu juga telah berbincang dengan pejabat peguam negara bagi memfailkan bantahan terhadap diskriminasi dan sikap tidak adil Kesatuan Eropah terhadap minyak sawit negara kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Menurutnya beliau dimaklumkan bahawa pejabat peguam negara sedang mengumpul pasukan peguam untuk tujuan berkenaan.  

"Perundangan domestik beberapa negara juga menghalang kemasukan minyak sawit, namun ada kumpulan yang mencabar mengenainya kerana mereka tahu tentang kualiti minyak ini selain realiti bahawa perniagaan mereka lebih menguntungkan dari segi eksport dan import," katanya.

Dalam pada itu, Shamsul berkata kementerian itu juga mempergiat  usaha mempromosi dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai khasiat minyak sawit merah yang berkualiti tinggi selain kaya dengan vitamin A dan E.

"Ada segelintir penggunayang mempunyai tanggapan negatif mengenai minyak sawit keluaran negara, dan kita perlu beri penerangan dan hujah menyakinkan mereka mengenai hal sebenar memandankan kelapa sawit merupakan komoditi utama yang memberi sumbangan besar kepada  ekonomi," katanya.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]