KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kerajaan Metropolitan Tokyo (TMG) akan bekerjasama untuk mencapai sasaran dan strategi yang terkandung di bawah Pelan Induk Masyarakat Rendah Karbon Kuala Lumpur 2030.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata DBKL ingin meneroka lebih banyak amalan terbaik daripada bandar-bandar lain yang berjaya dalam langkah-langkah balas perubahan iklim yang akan diguna pakai dalam pelbagai program di bawah pelan induk itu.
"Bagaimanapun, untuk melaksanakan semua program rendah karbon DBKL tidak bersendirian, kami bernasib baik untuk menerima bantuan melalui pengkongsian pengetahuan, usaha kolaboratif serta latihan dari TMG untuk mencapai pengurangan intensitas karbon sebanyak 70 peratus menjelang 2030.
"TMG telah memperkenalkan langkah-langkah bangunan sedia ada dan bangunan baharu dengan menggunakan pengalamannya, mereka dapat membantu Kuala Lumpur dalam memperkemaskan rangka kerja dasar bangunan yang mampan," katanya ketika melancarkan Sistem Rendah Karbon Tokyo ke Kuala Lumpur (T2KLLCS) di sini, hari ini .
Beliau berkata program rendah karbon yang dilaksanakan oleh DBKL termasuk menukarkan semua lampu jalan kepada lampu LED, memasang peralatan cekap tenaga di semua bangunan DBKL, menanam lebih banyak pokok, serta menggalakkan orang ramai untuk berjalan dan berbasikaal di bandar.
"Pada masa yang sama, kami berharap untuk menggalakkan bangunan baharu milik persendirian dibina untuk kategori bangunan hijau manakala yang lama digesa untuk dipasang semula.
"Mungkin, DBKL harus mempertimbangkan untuk menawarkan pakej insentif yang sesuai untuk menggalakkan pembeli dari sektor swasta," katanya.
Beliau berkata kerjasama bandar raya dengan bandara raya juga mendapat sokongan daripada Institut Strategi Alam Sekitar Global (IGES) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dari segi kepakaran dan koordinasi teknikal.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perubahan Iklim dan Tenaga TMG Kenji Ogawa berkata Tokyo telah, sejak 2000 menggunapakai amalan kecekapan tenaga berdasarkan menjadi salah satu bandar metropolitan terbesar di dunia.
Beliau berkata menerusi pelbagai langkah seperti program Cap dan Perdagangan Tokyo dan program pelepasan Karbon Monosida (CO2) untuk PKS, bandar itu telah mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak kira-kira 23 peratus berbanding tahap pada 2000.
"Sebagai contoh, beberapa bangunan besar di Tokyo dapat mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 50 peratus hasil pelbagai langkah balas kecekapan tenaga.
"Sasaran kami adalah untuk mencapai status sifar pelepasan menjelang tahun 2050 dan menyumbang kepada misi global untuk penyahkarbon, walaupun bukan mudah. Tetapi kami percaya iam memungkinkan dengan melaksanakan pelbagai langkah penjimatan tenaga satu demi satu dan menambah penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui, " katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]