KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Dua unit pertama loji janakuasa arang batu yang dimiliki dan dikendalikan oleh Jimah East Power Sdn Bhd (JEP) memenuhi tarikh operasi komersil (COD) pada tengah malam semalam, sekali gus menambah 1,000 megawatt (MW) kepada kapasiti penjanaan sedia ada Semenanjung Malaysia pada 22,748 MW.
JEP sedang membangunkan dua loji janakuasa bertenaga arang batu ultra superkritikal (USC) di Port Dickson yang merupakan loji janakuasa arang batu TNB ketiga dan keempat paling cekap setakat ini.
Selain JEP, dua loji penapisan arang batu USC lain TNB ialah Manjung 4 dan Manjung 5 di Lumut.
"Kedua-duanya adalah antara loji arang batu ultra-kritikal pertama di ASEAN," kata TNB.
Teknologi USC ialah teknologi pembakaran arang batu yang cekap, dengan kecekapan 40 peratus berbanding loji janakuasa arang batu konvensional dengan kecekapan 36 peratus.
TNB memiliki 70 peratus projek JEP manakala Mitsui & Co. Ltd dan Chugoku Electric Power Sdn Bhd masing-masing memegang 15 peratus kepentingan dalam JEP.
"Kedua-dua loji itu berada dalam kedudukan strategik dan penting dalam mengukuhkan jaminan bekalan tenaga Semenanjung Malaysia. Loji kedua JEP (1,000 MW) berada pada kedudukan yang baik untuk mencapai COD pada Disember 2019," kata TNB dalam kenyataan hari ini.
Teknologi USC merupakan teknologi pembakaran arang batu dengan 40 peratus kecekapan berbanding loji arang baharu konvensional dengan 36 peratus kecekapan.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]