KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Ibu Pejabat PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Persada PLUS menerima pengiktirafan One Diamond bagi Penilaian Karbon Rendah Bangunan, menjadikan PLUS syarikat konsesi lebuh raya pertama di negara ini yang menerima pengiktirafan itu.
Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata pengiktirafan daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia yang diberikan baru-baru ini kepada Persada PLUS, yang terletak di Petaling Jaya, adalah berikutan kejayaan mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida dan penjimatan tenaga elektrik.
Katanya tahun lepas, pengurangan sebanyak 6.75 peratus (bersamaan dengan 286.78 tan metrik) gas karbon dioksida dan penjimatan tenaga elektrik sebanyak 413,228 kWh (kilowatthour) telah dilakukan menerusi pelbagai langkah.
“Ini termasuk pemasangan Variable Speed Drive (VSD) untuk sistem penyaman udara, mengurangkan penggunaan masa sistem penyaman udara, membangunkan teknologi solar fotovolta, melaksanakan de-lamping (mengurang/mengalih penggunaan lampu fluorescent di lokasi pencahayaan telah mencukupi dan lampu tidak diperlukan), memasang motion sensor lampu di tandas dan surau dan sebagainya.
"Pencapaian ini melakar satu lagi kejayaan bagi PLUS untuk memperluaskan Teknologi Hijau dalam usaha memulihara alam sekitar untuk komuniti dan kakitangan kami di bangunan Persada PLUS," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azman berkata pihaknya memulakan inisiatif hijau berkenaan dengan pelancaran Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik berasaskan tenaga solar yang pertama di Malaysia di Restoran Jejantas Ayer Keroh (arah selatan) pada Disember 2018.
“Penggunaan tenaga solar fotovolta bagi tujuan yang sama turut dimulakan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Machap (arah utara) bermula April tahun ini.
“ ...dan akan diperluaskan ke R&R yang lain seperti Restoran Jejantas Sungai Buloh, Restoran Jejantas Ayer Keroh, R&R Dengkil (arah utara dan selatan), R&R Gurun (arah utara dan selatan), R&R Gunung Semanggol (arah selatan), R&R Tapah (arah utara dan selatan) dan R&R Ayer Keroh (arah utara) dalam tempoh lima tahun yang akan datang,” tambah Azman.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]