Berita

Icon Offshore lantik Pengarah Urusan baru

Datuk Seri Hadian Hashim

KUALA LUMPUR, 20 Ogos -- Icon Offshore Bhd (Icon) melantik Datuk Seri Hadian Hashim sebagai pengarah urusan barunya berkuat kuasa 3 September, 2019.

Icon dalam satu kenyataan hari ini berkata Hadian mempunyai pengetahuan dan pengalaman hampir 40 tahun dalam industri minyak dan gas serta cekap dalam perniagaan yang akan memberi manfaat kepada syarikat.

"Saya yakin beliau dapat memanfaatkan pengalaman keusahawanannya untuk menerajui Icon dalam mengukuhkan perniagaan sedia ada dan membangunkan peluang perniagaan baru, terutamanya susulan pengumuman permodalan semula baru-baru ini yang akan menambah baik lembaran imbangan,” kata pengerusinya  Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda dalam kenyataan itu.

Hadian memulakan kerjayanya dengan Sarawak Shell Bhd dan meletak jawatan selepas berkhidmat selama 12 tahun untuk meneruskan minat keusahawanannya dalam pelbagai syarikat minyak dan gas, terutamanya Itochu Pipe dan Tube Asia Corp Sdn Bhd, Integrated Petroleum Services Sdn Bhd dan Sona Petroleum Sdn Bhd.

-- BERNAMA


SNAA SNAA NM YAM





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]