PUTRAJAYA, 20 Ogos -- Mekanisma pelaksanaan program subsidi petrol bersasar kepada golongan kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) akan diumumkan dalam tempoh dua minggu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Kertas kerja mengenainya sedang diperhalusi sebelum mekanisme itu diumumkan, katanya pada sidang media selepas majlis himpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.
"Tarikh pelaksanaan program bagaimanapun tertakluk kepada keputusan dan nasihat jemaah menteri," katanya ketika ditanya mengenai kesediaan kerajaan melaksanakan program tersebut.
Beliau sebelum ini dilaporkan berkata sangat berpuas hati dengan tahap penyediaan kertas kerja yang disediakan dan dalam fasa akhir mengulang semak data-data kumpulan sasar bagi memastikan mereka yang benar-benar layak menerima subsidi petrol.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata kementerian itu akan melihat kaedah yang dilaksanakan Taiwan dan Turki yang berupaya membendung masalah kekurangan bekalan makanan dan kenaikan harga barang keperluan secara melampau.
Menurutnya, Taiwan yang sering dilanda taufan dilihat tidak berdepan masalah kekurangan bekalan makanan dan kenaikan harga barang manakala di Turki, kerajaan mengamalkan campur tangan melalui penglibatan pihak berkuasa tempatan dalam aspek kawalan bekalan makanan dan menangani isu kenaikan harga barangan.
"Kita akan hantar pegawai-pegawai terbaik pergi kedua-dua negara itu bagi mempelajari model yang digunakan mereka dalam kawalan harga barangan pengguna," katanya.
Terdahulu, Saifuddin menyaksikan dua majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) iaitu antara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Prestomall bagi kerjasama memperkasa e-dagang, dan membabitkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Universiti Putra Malaysia dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk kerjasama perkongsian kepakaran dan latihan amali.
Mengenai perjanjian antara SSM dan Prestomall, Saifuddin berkata ia akan membantu meningkatkan jumlah pendaftaran perniagaan dengan SSM kerana pihak Prestomall akan mewajibkan pelanggan yang ingin memulakan perniagaan di platform berdaftar dengan suruhanjaya itu.
Ketika ini, Prestomall mempunyai 40,000 peniaga yang menggunakan platform mereka untuk berniaga dengan lebih 14 juta barangan diniagakan.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]