KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Kuntungan bersih Gas Malaysia Bhd meningkat kepada RM49.01 juta dalam suku kedua berakhir 30 Jun, 2019 berbanding RM48.07 juta yang direkodkan dalam suku yang sama tahun lepas.
Hasil meningkat 15.5 peratus kepada RM1.74 bilion berbanding RM1.5 bilion sebelumnya, terutama disebabkan oleh kenaikan harga gas asli dan tarif gas asli yang lebih tinggi, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Untuk tempoh enam bulan, keuntungan bersih kumpulan meningkat kepada RM90.18 juta berbanding RM88.29 juta, manakala hasil meningkat 17.5 peratus kepada RM3.45 bilion berbanding RM2.94 bilion.
Gas Malaysia menjangkakan peningkatan tahunan dalam jumlah jualan gas asli dan bilangan pelanggan akan bertahan dalam tahun kewangan 2019.
"Keuntungan kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019 dijangka seiring dengan tahap yang mencerminkan rangka kerja mekanisme penetapan tarif yang lazim,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]