Wan Rosdy Wan Ismail
KUANTAN, 19 Ogos (Bernama) -- Kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) setakat ini, tiada mengemukakan permohonan rasmi secara spesifik lokasi Tapak Pelupusan Kekal (PDF), bagi residu Water Leach Purification (WLP) yang dikatakan akan dibangunkan di Pahang.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata setakat ini, pihak kerajaan negeri juga tidak pernah berbincang dengan Lynas mengenai isu PDF, yang merupakan sebahagian daripada syarat pelanjutan lesen operasi kilang tersebut.
"Jika ada perbincangan atau permohonan sekali pun, sudah pasti kerajaan negeri akan beri keutamaan kepada keselamatan rakyat. Itu kita amat jelas. Kita tidak akan buat semberono, dalam isu keselamatan rakyat.
"... dalam masa sama, ini juga melibatkan aspek pelaburan, kerana Lynas melabur sehingga bilion di negara ini. Kita akan teliti semua aspek dalam isu ini. Kita mendengar pandangan pakar. Jika pakar kata ia (Lynas) tidak bahaya, maka kita beri perhatian.
"Jika bukan pakar, siapa lagi yang hendak kita dengar? Kita bukannya pakar dalam bidang ini. Sudah pasti kerajaan negeri tidak akan buat sesuatu yang membahayakan rakyat," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.
Wan Rosdy berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Lee Chean Chung (PH-SEMAMBU), yang merujuk kepada laporan sebuah akhbar sebelum ini yang mendakwa lima lokasi di Pahang dikenal pasti sebagai lokasi berkemungkinan PDF iaitu Lepar, Luit, Padang Tengku, Bukit Ibam dan Chini.
Beliau juga menjelaskan bahawa Lynas yang berasal dari Australia dan kini beroperasi di kawasan perindustrian Gebeng di sini, merupakan pelaburan yang dibawa masuk Kerajaan Pesekutuan terdahulu, menerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Kenyataan itu disokong Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin yang mengatakan, kerajaan Persekutuan dahulu telah mencadangkan Lynas beroperasi di Pahang.
"Jadi sekarang kita menunggu jawapan kerajaan Pusat... jika mereka kata (Lynas) selamat, maka selamatlah. Kerajaan negeri bukan ada kepakaran seperti kerajaan Persekutuan, yang ada pelbagai kepakaran teknikal," katanya.
Mohd Sharkar berkata kepakaran teknikal itu termasuklah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom dan Agensi Nuklear Malaysia, yang lebih terlatih dalam bidang berkaitan operasi Lynas dan radiasi.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]