PUTRAJAYA, 17 Ogos (Bernama) -- Timbalan Setiausaha Agung DAP, Teresa Kok berkata, lesen operasi Lynas Malaysia iaitu kilang bahan nadir di Gebeng, Kuantan dilanjutkan enam bulan lagi dengan syarat.
“Bukankah itu sudah cukup untuk memberitahu anda bahawa kami memberi peluang kepada Lynas untuk memperbaiki dan memenuhi syarat,” katanya.
Kok, yang juga Menteri Perindustrian Utama, adalah seorang daripada 13 menteri yang sebelum ini menandantangani satu ikrar pada 2012 untuk menutup kilang penapisan Lynas ketika mereka adalah di pihak pembangkang.
Beliau ditemui selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan "Love MY Palm Oil 90 Short Film" di sini, hari ini.
Lembaga Perlesenan Tenaga Atomik (AELB), pada Khamis, mengumumkan bahawa kerajaan melanjutkan lesen operasi kepada kilang memproses bahan nadir itu yang dimiliki oleh syarikat pelombong dari Australia, Lynas Corp untuk enam bulan lagi.
Lesen operasi Lynas terdahulu ini dilanjutkan untuk tiga tahun dari 2016 hingga 2 Sept tahun ini. Bagaimanapun, dengan pembaharuan lesennya itu, Lynas perlu mematuhi beberapa syarat yang dikenakan ke atasnya.
Antaranya, mengalihkan proses keretakan dan larut resap yang kini dikendalikan di kilangnya di Gebebng di sini ke negara lain dan pembinaan satu kemudahan pelupusan kekal.
Lynas hendaklah juga menamatkan semua aktiviti penyelidikan dan pembangunan berhubung dengan penggunaan sisa radioaktif WLF sebagai tanah kondi di tanah pertanian.
Ditanya gesaan penasihat DAP, Lim Kit Siang kepada pimpinan parti itu supaya berhenti berbalah dengan pemimpin Pakatan Harapan lain, atau berhadapan risiko perpecahan dalam gabungan itu, Kok berkata gesaan itu jangan disalah tafsir.
"Beliau tidak bercakap secara begitu sebenarnya, beliau hanya berkata perpaduan dan keharmonian adalah penting”, katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]