Berita

TNB rugi jutaan ringgit akibat ribut di Kedah



ALOR SETAR, 15 Ogos (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengalami kerugian jutaan ringgit akibat ribut pada Jumaat lalu, yang menyebabkan kerosakan kepada tiang dan wayar elektriknya di negeri ini.

Pengurus Besarnya Wan Ishak Soed berkata kerosakan itu banyak disebabkan pokok tumbang yang menghempap tiang dan memutuskan wayar elektrik.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah kerugian tersebut.

“TNB Kedah juga telah menerima sebanyak 3,079 aduan orang ramai, berkaitan gangguan bekalan elektrik ketika kejadian ribut yang berlaku pada Jumaat lalu.

“Bagaimanapun, TNB berjaya menyelesaikan kesemua aduan itu dalam tempoh tiga hari sehingga Isnin lalu,” katanya pada program Dialog Harapan Bersama Makmurkan Kedah, di sini, hari ini.

Wan Ishak berkata, aduan yang paling banyak diterima berkalan bekalan elektrik terputus adalah di Pulau Langkawi dan Sungai Petani.

Katanya, bagi melancarkan operasi memulihkan semula bekalan elektrik, pihaknya telah meminta bantuan pasukan tambahan dari negeri-negeri lain termasuk Perak, Melaka, dan Selangor.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya tidak menerima sebarang kejadian kemalangan terkena renjatan elektrik sewaktu ribut tersebut.

“Saya menasihatkan supaya orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri, jika berlaku tiang dan wayar elektrik yang tumbang kerana arus elektrik ini kita tidak boleh nampak, dan laporkan kepada TNB menerusi talian 15454,” katanya.

-- BERNAMA


 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]