KUCHING, 15 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal (KPDNHEP),menggesa pihak syarikat pembekal gas petroleum cecair (LPG) jenama MyGaz di Sarawak, mengemukakan pelan tindakan segera, dalam menangani masalah kekurangan gas LPG yang berlaku sejak minggu lalu.
Timbalan Menterinya, Chong Chieng Jen berkata hasil siasatan awal kementerian mendapati, punca kekurangan bekalan itu disebabkan masalah silinder pada tong gas MyGaz, sehingga menyebabkan pengeluaran harian MyGaz dikurangkan kepada 10,000 tong sehari.
“Kementerian telah dimaklumkan oleh MyGaz bahawa lebih 34,000 injap silinder tong gasnya mengalami masalah kebocoran, beberapa langkah juga telah diambil untuk menangani masalah itu.
“Pihak MyGaz akan menempah dan membeli lebih banyak silinder baharu dari Semenanjung, selain mengimport injap baharu dari Thailand,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Walaubagaimanapun Chong berkata, sehingga ke hari ini kementerian masih belum menerima sebarang garis panduan yang memuaskan dari pihak MyGaz, dalam menangani masalah itu sepenuhnya.
“Saya menggesa MyGaz untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian agar tidak dikenakan tindakan di bawah peruntukan Akta Bekalan Kawalan, 1961,”katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]