KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Oldtown White Coffee, rantaian kafe kopi putih terbesar di Malaysia, akan mengembangkan pertapakannya ke dalam runcit petrol dengan 50 lokasi bakal dibuka dalam tempoh lima tahun akan datang dan 100 dalam 10 tahun.
Dalam kenyataan, ia berkata kerjasama jangka panjang telah ditandatangani dengan Eatmatrix Sdn Bhd, anak syarikat PCA Group Sdn Bhd, bagi lesen eksklusif untuk menguruskan, memiliki dan mengendalikan operasi kiosk Oldtown ONtheGO dalam runcit petrol di seluruh Malaysia, bermula dengan cawangan BHP terpilih.
Kumpulan PCA ialah penyedia penyelesaian kejuruteraan pelbagai disiplin dan runcit sepenuhnya, menyokong pelbagai sektor dan industri di seluruh dunia menerusi kerjasama strategik.
Katanya kiosk Oldtown ONtheGO sudah bersedia untuk dilaksanakan tahun ini dengan menu, wajah dan suasana baharu, serta model operasi dalam kedai, dan pada masa yang sama memberi jaminan kepada pelanggan bahawa mereka akan terus menikmati makanan dan minuman berkualiti yang sama di cawangannya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]