Berita

Hanya 42 peratus daripada 5.85 juta hektar sawit negara memiliki MSPO - Kok



 

KUDAT, 10 Ogos (Bernama) -- Hanya 42 peratus daripada 5.85 juta hektar tanaman sawit di negara ini telah mencapai tahap Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) sehingga 30 Jun lepas, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok.

Beliau berkata jumlah itu masih rendah untuk mencapai sasaran 100 peratus industri sawit mempunyai sijil MSPO berikutan tempoh permohonan MSPO secara percuma tamat menjelang hujung tahun ini.

"Kalau kita tidak usahakan pelaksanaan MSPO sekarang bagaimana kita berdebat (mengenai penanaman sawit mampan) dengan negara Eropah dan Kesatuan Eropah (EU), susah bagi kita.

"Oleh sebab itu pegawai kementerian turun padang untuk memberi kesedaran kepada penanam sawit supaya mendapatkan MSPO melalui insentif yang dibayar oleh kerajaan tetapi untuk tahun ini sahaja," katanya kepada pemberita selepas taklimat MSPO bersama penanam sawit, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Kok dipetik sebagai berkata Malaysia akan mengemukakan aduan kepada Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) pada November untuk mencabar larangan penggunaan bahan api berasaskan minyak sawit oleh (EU).

Dalam pada itu, Kok berkata kerajaan juga membantu penanam kecil sawit melalui skim pinjaman dengan faedah serendah dua peratus bagi penanaman semula sawit dan hanya dibayar balik bermula pada tahun keempat selepas sawit mengeluarkan hasil.

Beliau berkata usaha sedang dipergiatkan bagi meningkatkan jumlah pekebun kecil persendirian melalui Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) untuk melaksanakan MSPO.

Di Sabah,  katanya daripada  223,000 hektar tanaman sawit hanya 10,300 hektar atau 47 peratus mempunyai sijil MSPO.

"Di Sabah, 26 daripada 29 SPOC telah mendapat MSPO melibatkan seramai 2,188 pekebun kecil," katanya.

-- BERNAMA

 

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]