KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Indonesia dan Malaysia, dua negara pengeluar minyak sawit terbesar dunia, perlu memperbanyakkan usaha untuk bersama menangani diskriminasi terhadap produk itu dalam kalangan negara Kesatuan Eropah (EU).
Ketika membuat penegasan itu, Presiden Indonesia Joko Widodo berkata usaha ke arah itu tidak boleh dilakukan secara sendirian oleh negara-negara berkenaan.
Menurutnya, mendepani cabaran itu secara bersama adalah penting antara lain supaya harga komoditi itu tidak menurun dan sekali gus memastikan nasib peladang dan pekerja dalam sektor itu terpelihara.
"Saya tegaskan sekali lagi bahawa Indonesia dan Malaysia harus bersama melawan diskriminasi terhadap minyak sawit," katanya dalam rakaman temu bual dengan stesen televisyen Astro Awani di Jakarta baru-baru ini sebelum melakukan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.
Joko Widodo, atau lebih dikenali dengan panggilan Jokowi, dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan di Putrajaya pagi tadi yang didahului majlis sambutan rasmi untuk presiden Indonesia itu.
Dalam temu bual itu, Jokowi menegaskan kerjasama Indonesia-Malaysia dalam soal minyak sawit perlu bagi mengelak kesulitan buat kedua-dua negara anggota ASEAN itu.
Selain pihak kerajaan, beliau menegaskan langkah menangani diskriminasi itu turut perlu melibatkan pihak swasta kedua-dua negara.
Dalam pada itu, Jokowi mahu kerjasama lebih erat dijalin oleh Indonesia dan Malaysia dalam pelbagai sektor seperti ekonomi, pelaburan dan pelancongan.
Contohnya, beliau berkata kerjasama itu boleh dilakukan syarikat minyak dan gas Pertamina dan Petronas yang boleh bergabung kepakaran bagi mewujudkan perusahaan dengan modal dan kapasiti lebih besar serta mampu mencari sumber minyak bersama dan mengeksport produk petroleum ke negara lain.
Jokowi turut melahirkan rasa kagum dengan Dr Mahathir kerana pada usia 94 tahun masih bertenaga dalam menerajui Malaysia.
"Memang saya sangat kagum kerana dalam umur 94 tahun beliau masih sihat, ertinya mempunyai gaya hidup yang baik… sehingga masih betul-betul fit dan bekerja untuk rakyat Malaysia pagi sampai malam, pagi sampai malam," katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]