Berita

Malaysia harap perwakilan APEC 2020 pacu pertumbuhan 



KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Memandangkan sentimen perniagaan yang kelihatan perlahan di peringkat antarabangsa dan dalam negeri, Malaysia berharap 16,000 perwakilan ke Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang akan berkumpul di sini bermula Disember tahun ini sehingga November 2020 akan membantu merangsang ekonomi, kata Ketua Logistik Sekretariat Kebangsaan APEC 2020 Suraya K.A Rahman.

Beliau berkata perwakilan dari 21 ekonomi anggota itu dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan kerancakan pertumbuhan nasional dan serantau sambil menyediakan peluang kepada ekonomi APEC dan rantau lain dalam keadaan cabaran ekonomi ketika ini.

"Kami juga berbincang dengan industri untuk melihat bagaimana mereka juga boleh menyediakan aktiviti sampingan lain, khususnya bagi APEC dan juga Tahun Melawat Malaysia 2020," katanya kepada pemberita semasa Sesi Taklimat Media: Komunikasi APEC 2020, di sini, hari ini.

Selain menjadi tuan rumah APEC 2020, tahun depan akan menjadi tahun yang sibuk bagi Malaysia kerana ia juga merupakan Tahun Melawat Malaysia dengan kerajaan menetapkan sasaran 30 juta ketibaan pelancong dan RM100 bilion perolehan pelancongan.

Menurut Suraya, dua acara ini akan menjadi dua inisiatif utama kerajaan yang bertujuan mewujudkan lebih banyak aktiviti dalam negara.

Sementara itu, satu lagi Sekretariat APEC berkata walaupun hampir 80 peratus perdagangan Malaysia adalah dengan 21 ekonomi anggota, APEC 2020 adalah forum untuk Malaysia.

"Pada  2018, ekonomi APEC menyumbang 77.6 peratus daripada jumlah perdagangan dengan Malaysia, merangkumi 77.8 peratus eksport dan 77.3 peratus import.

"Ekonomi-ekonomi itu juga menyumbang 74 peratus daripada pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor pembuatan dengan pelaburan berjumlah RM1 bilion dilaksanakan dalam sektor pembuatan," katanya.

Beliau berkata selain daripada sumbangan kepada perdagangan, pelaburan dan kemudahan perniagaan Malaysia, APEC telah banyak menyumbang kepada pembangunan kapasiti di bidang kejituan kepada negara.

Angka terkini menunjukkan bahawa 125 peserta Malaysia dan 11 pakar mengenai Malaysia telah mengambil bahagian dalam 64 projek yang dibiayai sepenuhnya di ekonomi-ekonomi APEC yang lain sejak 2017.

Malaysia sendiri telah melaksanakan 22 projek yang dibiayai sepenuhnya dari 2013 hingga 2018, dengan menggunakan dana APEC sebanyak US$2.7 juta.

"Pembangunan kapasiti lain juga termasuk pembangunan perusahaan kecil dan sederhana, pemerkasaan gender, sains, teknologi dan inovasi, ekonomi digital, tenaga, kesihatan dan pembangunan modal insan," katanya.

Beliau berkata penting bagi Malaysia untuk mengukuhkan pengaruh dan kepimpinannya di peringkat serantau sebagai tuan rumah APEC 2020 dan juga menerajui perbincangan kritikal mengenai isu-isu global iaitu perang perdagangan Amerika Syarikat-China dan sistem perdagangan pelbagai hala.

"Dengan tema yang berkaitan dengan konsep kemakmuran bersama bagi APEC 2020, Malaysia memahami apa yang diperlukan bagi 21 ekonomi anggota itu untuk maju bersama dan akan menyampaikan mesej bukan hanya kepada anggotanya sahaja tetapi kepada semua," katanya.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]