Berita

Hab petroleum kedua di Terengganu mungkin diteruskan - Dr Ahmad Samsuri



MARANG, 7 Ogos (Bernama) -- Rancangan pembangunan Pulau Kerengga sebagai hab petroleum kedua Terengganu mungkin diteruskan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata perkara tersebut kini di peringkat rundingan dan pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Petronas, minggu lepas.

Katanya, beberapa syarikat besar dari luar negara juga telah menyatakan minat untuk melabur dalam projek tersebut tetapi masih belum dapat didedahkan kepada umum.

"Secara umum, kawasan ini (Pulau Kerengga) masih diwartakan sebagai hab petroleum.

"Namun, perbincangan akhir antara agensi kerajaan negeri dan Petronas yang berlangsung minggu lalu tidak tolak kemungkinan untuk teruskan hab petroleum," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan 10 ekor lembu korban oleh anak syarikat kerajaan negeri, Permint Granite Sdn Bhd kepada penduduk Kampung Pulau Kerengga, di sini hari ini.

Hab petroleum pertama Terengganu ialah Loji Penapisan Minyak Terengganu yang terletak di Kertih, Kemaman, dibuka secara rasmi pada 3 Okt 1983.

Ia adalah loji penapis minyak tempatan yang pertama di Malaysia, dimiliki dan diuruskan oleh Petronas melalui anak syarikatnya, Petronas Penapisan Terengganu Sdn Bhd.

Dalam perkembangan lain, Dr Ahmad Samsuri memaklumkan sebanyak 114 syarikat kontraktor dari Terengganu telah mengemukakan permohonan kepada Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) bagi mendapatkan tender di bawah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Beliau berkata 90 peratus daripada syarikat tersebut adalah anak syarikat kerajaan negeri yang melibatkan semua kelas kontraktor.   

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]