Berita

Kerajaan Sabah diminta libatkan masyarakat bagi projek hidro Sungai Papar

KOTA KINABALU, 6 Ogos (Bernama) -- Sebuah pertubuhan masyarakat mengenai pemberdayaan tanah, haiwan dan manusia (LEAP) berharap kerajaan negeri Sabah  menghormati keperluan dan aspirasi dalam mencari jalan penyelesaian terhadap cadangan membina empangan hidroelektrik  di Sungai Papar. 

Sambil menyatakan solidariti dengan masyarakat yang sejak sedekad menyatakan pendirian membantah rancangan kerajaan Sabah membina empangan di Sungai Papar, LEAP berkata terdapat keperluan pada kerajaan Sabah dan pihak lain yang membela projek itu untuk mendengar keluhan mereka yang tinggal berhampiran kawasan tersebut.

"Masyarakat ini menyampaikan kebijaksanaan mendalam yang dapat kita pelajari. Malah, sains tempatan, serantau dan antarabangsa menyokong kebijaksanaan ini, seperti yang dinyatakan dalam dua laporan terbaharu, "kata Ketua Lembaga LEAP, Cynthia Ong dalam satu kenyataan, di sini.

Laporan-laporan ini adalah "Tadahan Air di Pantai Barat Sabah dan Bekalan Air Masa Depan" oleh Profesor Felix Tongkul dari Pusat Penyelidikan Bencana Alam Universiti Malaysia Sabah dan kertas utama oleh sekumpulan penyelidik dari Stanford University, Institut Teknologi Persekutuan Switzerland dan University of California , Berkeley dalam jurnal antarabangsa Nature yang menumpukan kepada keperluan untuk menggunakan pelbagai tenaga boleh diperbaharui untuk menyelamatkan sungai-sungai tropika.

Ong berkata LEAP menyokong cadangan alternatif Tongkul yang memihak kepada pelbagai takungan simpanan air di sepanjang Sungai Papar, berbanding dengan reka bentuk merosakkan di mana empangan menyekat air  bahagian atas sungai.

Laporan itu menyatakan bahawa air boleh disimpan secara berasingan di takungan tanah tinggi, satu kaedah yang digunakan di takungan Telibong yang menyimpan air dari Sungai Tuaran, serta pendekatan yang belum diamalkan di Sabah, iaitu takungan tanah rendah di luar rangkaian.

“Takungan tanah rendah di luar rangkaian boleh dipertimbangkan oleh kerajaan Sabah untuk Sungai Papar bagi memenuhi keperluan air negeri di segi  jangka panjang,” katanya.

 Beliau menambah bahawa jajaran fotovoltaik besar yang  terapung boleh dipasang di permukaan takungan luar rangkaian untuk mengurangkan penyejatan air dan menjana tenaga solar, manakala spesis ikan tempatan boleh dilepaskan ke dalam takungan ini untuk meningkatkan keselamatan makanan dan secara tidak langsung mewujudkan ekonomi baharu perikanan pedalaman di Papar.

Masyarakat setempat boleh menjadi perawat yang melindungi takungan luar talian daripada pencemaran. Agensi-agensi sumber air biasanya bimbang tentang isu-isu seperti ini tetapi ia dapat ditangani melalui konsep Konsep Bayaran bagi Perkhidmatan Ekosistem (PES) di mana komuniti diberi kuasa dan diberi ganjaran untuk melindungi  lembangan  mereka seperti yang sedang dilaksanakan di Babagon," katanya.

Tongkul  dipetik sebagai berkata bahawa kesan empangan skala besar ke atas tadahan air di Papar, satu daripada yang terbaik di pantai barat Sabah, akan mengganggu aliran sungai yang membawa kepada ketidakseimbangan sistem hidrologi semulajadi.

Telah dilaporkan bahawa empangan hidroelektrik yang dicadangkan oleh Kerajaan Sabah akan menelan belanja RM3 bilion.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]