Berita

TM ONE bekerjasama dengan EPOMS laksana pendigitalan O&G dalam sektor O&G

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat Petronas Carigali Sdn Bhd, E&P O&M Services Sdn Bhd (EPOMS) bekerjasama dengan cabang penyelesaian perniagaan Telekom Malaysia Bhd, TM ONE untuk melaksanakan pendigitalan penyelesaian operasi dan penyelenggaraannya (O&M) dalam industri minyak dan gas (O&G).

Kedua-dua pihak menandatangani Memorandum Kerjasama mengenai perkongsian strategik baru-baru ini.

Di bawah perjanjian itu, TM ONE dilantik sebagai antara rakan usaha sama teknologi rasmi EPOMS dalam menyediakan penyelesaian digital yang menyeluruh untuk tenaga kerja dan pengurusan data yang lebih berhubung.

Dalam kenyataan bersama, mereka berkata kerjasama itu bertujuan meningkatkan dan memperkasakan pendigitalan O&M, langkah ke arah menjadikan industri lebih produktif, pantas dan bersedia untuk masa depan.

“Kerjasama digital ini akan memberikan EPOMS teknologi dan sumber yang diperlukan untuk memacu kadar sistem pengurusan pangkalan data bersepadu sedia ada kami, MyEPOMSx, dalam pengembangan dan penempatan digitalnya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif EPOMS Anuar Abd Rahman.

Ketua Pegawai Operasi TM Imri Mokhtar berkata beliau menjangka EPOMS akan mendapat manfaat daripada penambahbaikan kecemerlangan operasi.

“Ini juga merupakan peluang kepada kami untuk menunjukkan aset digital kami dan bagaimana TM ONE memperkasakan IR4.0 dengan menyediakan penyelesaian menyeluruh,” katanya.

Kerjasama itu berdasarkan tiga inisiatif digital, iaitu penyelesaian Smart Safety Helmet, Connected Workforce dan Predictive Maintenance.

TM ONE akan menyediakan jaringan yang menyeluruh, pengurusan data, perkhidmatan awan dan penyelesaian yang disesuaikan untuk kebimbangan dalam integriti aset dan kebolehpercayaan aset.

Ia juga akan membantu penempatan sistem digital dan menyediakan penyelesaian teknikal supaya EPOMS lebih kompetitif.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]