KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini berkata ia tidak berhasrat untuk mengambil alih kepentingan dalam syarikat penapisan minyak Bina, India.
Bagaimanapun, dalam kenyataan, syarikat minyak negara itu menyatakan India kekal sebagai pasaran utama bagi operasinya.
Sebelum ini, Petronas dan sebuah konsortium diterajui syarikat Jepun JXTG Holdings Inc, dilaporkan berminat untuk membeli kepentingan dalam syarikat penapisan minyak itu.
Kilang penapisan itu, terletak di tengah India, berkeupayaan memproses 156,000 tong minyak mentah sehari (bpd) dan dikendalikan oleh Bharat Oman Refineries Ltd (BORL), usaha sama 50-50 antara Oman Oil Co dan syarikat milik kerajaan Bharat Petroleum Corp (BPCL).
BPCL merancang menggandakan kapasiti kilang penapisan itu dalam tempoh lima tahun akan datang dan membina sebuah kompleks petrokimia yang mmerlukan pelaburan kira-kira US$7.24 bilion.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]