SHAH ALAM, 3 Ogos (Bernama) -- Penganjuran Minggu Sains Negara 2019 dilihat sebagai platform terbaik bagi mendidik pelajar sekolah di negara ini meminati sains.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata ia berikutan pelajar di peringkat sekolah menengah pada masa ini kurang mengambil jurusan sains.
"Pada masa ini kurang 50 peratus jumlah pelajar sekolah menengah di negara ini daripada jurusan sains
"Ini adalah sesuatu yang membimbangkan kerana kita tidak akan berdaya saing tanpa graduan atau tenaga dalam bidang sains dan teknologi, lebih-lebih lagi kita sekarang di ambang IR 4.0 (Revolusi Industri 4.0)," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Minggu Sains Negara peringkat Selangor di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna Hee Loy Sian dan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia, Ir Dr Sanjayan Velautham.
Mengulas lanjut, Yeo berkata penganjuran Minggu Sains Negara pada tahun ini membabitkan dua fasa yang mana fasa pertama pada 1 hingga 7 April lepas, yang telah dilaksanakan di Kuala Lumpur, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Bagi fasa kedua pula dilaksanakan hari ini sehingga Khamis depan secara serentak di negeri lain termasuk Selangor.
"Kita telah melantik SEDA Malaysia sebagai agensi pelaksana program ini di peringkat Selangor.
"SEDA berkait rapat dengan Tenaga Boleh Baharu (TBB) dan saya yakin pelantikan ini langkah terbaik untuk mempamerkan usaha kerajaan dalam menggalakkan pembangunan TBB di negara ini," katanya.
Katanya SEDA turut dipertanggungjawabkan untuk mempromosi penggunaan teknologi termasuk biogas, biojisim dan hidro kuasa kecil.
"Di samping itu, SEDA akan turut mempromosi dan memupuk kesedaran awam terhadap kecekapan tenaga, dan diharap dengan program ini, masyarakat akan lebih mengetahui berkaitan tenaga baharu," katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]