Berita

SEDA benarkan pemaju hartanah peruntuk kuota NEM untuk projek baharu bermula 5 Ogos

SEDA Chairman Wong Kah Woh

PUTRAJAYA, 2 Ogos (Bernama) -- Pemaju hartanah dibenarkan untuk memperuntukkan kuota Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) untuk projek baharu bermula 5 Ogos, kata Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia.

Pengerusinya Wong Kah Woh berkata ini adalah antara inisiatif kerajaan bagi memacu agenda  solar fotovoltaik (PV) dan menggalakkan pemasangannya dalam kalangan pemaju hartanah.

"Ini adalah satu daripada langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mencapai sasaran 20 peratus tenaga boleh diperbaharui (RE) dalam campuran kapasiti pemasangan kebangsaan (tidak termasuk hidro besar) menjelang 2025," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Wong berkata hanya kapasiti hidro sehingga 100 megawatt (MW) akan dimasukkan ke dalam sasaran RE dan pada akhir tahun lepas, dan REmenyumbang enam peratus daripada campuran kapasiti pemasangan kebangsaan.

Wong berkata Semenanjung Malaysia mempunyai potensi teknikal yang besar untuk aplikasi bumbung solar PV, dengan lebih daripada 4.1 juta ruang atas bumbung yang ada termasuk 1,000 pusat beli belah.

Beliau berkata pemaju hartanah yang berminat mesti diperbadankan di Malaysia dan sesuai untuk pembangunan jenis perumahan, komersial dan perindustrian.

Permohonan hendaklah dibuat sebelum 31 Dis, 2020 dengan bukti perintah pembangunan yang dikemukakan sebagai dokumen sokongan.

Jangka masa projek yang dibenarkan maksimum 30 bulan dari tarikh memulakan projek, katanya.

Wong berkata konsep NEM adalah penghasilan tenaga daripada pemasangan sistem solar PV akan digunakan dahulu, dan sebarang tenaga berlebihan akan dieksport kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan dijual secara berturut-turut.

NEM pertama kali diperkenalkan pada November 2016 dan jumlah kapasiti sebanyak 500 MW telah diperuntukkan sehingga akhir tahun depan.

Bagaimanapun, penggunaan adalah rendah dan pada akhir tahun lepas, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Cuaca mengumumkan penambahbaikan dalam skim NEM. 

Setakat ini, SEDA Malaysia telah meluluskan sehingga 58.6 MW di bawah program NEM. Antara manfaat NEM ialah mengurangkan bil elektrik, menjana tenaga bersih sendiri, mengurangkan kesan karbon dan perlindungan terhadap ketidaktentuan dalam tarif elektrik.

Ditanya mengenai keadaan terkini aktiviti biogas e-bidaan kedua, Wong berkata proses itu telah ditutup pada 29 Julai dan kertas cadangan mengenainya sedang dikaji.

Beliau berkata senarai pendek dijangka diketahui pada September sebelum pembukaan e-bidaan sulung untuk sistem tenaga hidro kecil.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]