Berita

TNB perbadankan dua anak syarikat bagi mudahkan penyusunan semula dalaman



KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) memperbadankan dua anak syarikat milik penuh, TNB Power Generation Sdn Bhd (GenCo) dan TNB Retail Sdn Bhd (RetailCo), untuk memudahkan cadangan penyusunan semula dalamannya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat gergasi utiliti itu berkata aktiviti utama GenCo ialah pemilikan, pengurusan dan operasi loji tenaga domestik, perniagaan penjanaan tenaga boleh baharu, operasi loji tenaga dan perniagaan penyelenggaraan serta perniagaan operasi terminal pukal kering.

Sementara itu, aktiviti utama RetailCo ialah jualan elektrik kepada pelanggan, kutipan hasil daripada pelanggan, penyediaan perkhidmatan pelanggan, operasi pusat pengurusan panggilan, perkhidmatan penyelesaian tenaga hijau dan di luar perkhidmatan penyelesaian meter, katanya. 

TNB berkata sehingga 1 Ogos, 2019, Pengarah GenCo dan RetailCo ialah Nazmi Othman, Datuk Fazlur Rahman Zainuddin dan Datuk Ir. Sharuddin Mohd Simin. 

“Pemerbadanan itu dijangka tidak memberi impak yang ketara kepada aset bersih dan tahap kadar hutang TNB dan anak syarikatnya, serta pendapatan dan pendapatan sesaham biasa kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019,” katanya. 

TNB berkata langkah itu juga dijangka tidak memberi sebarang kesan kepada modal saham dan pegangan saham pemegang saham utama. 

Pada bulan lepas, TNB mengumumkan Lembaga Pengarahnya meluluskan cadangan penyusunan semula dalaman yang melibatkan pemindahan oleh TNB ke atas penjanaan tenaga domestik dan perniagaan runcit elektriknya kepada dua anak syarikat milik penuh baharu TNB. 

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]