Berita

Solar bantu EduCity jimat RM2.22 juta dalam bil elektrik



KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Hab pendidikan bersepadu, EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd (EduCity) dijangka mampu menjimatkan pembayaran bil elektrik sebanyak RM2.22 juta dalam tempoh 25 tahun melalui pemasangan solar fotovolta (PV) selepas memeterai satu perjanjian Tenaga Lestari Boleh Diperbaharui (SARE).

Perjanjian tiga pihak itu telah ditandatangani antara EduCity, Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan subsidiarinya, GSPARX Sdn Bhd. 

Inisiatif itu telah diterajui oleh Digital Pulse, sebuah anak syarikat di bawah Iskandar Innovations Sdn Bhd (IISB), bagi pihak Iskandar Education Enterprise Sdn Bhd (IEESB), entiti yang beroperasi di bawah EduCity.

Pengarah IEESB Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi berkata, perkongsian pintar itu, yang dijangka akan siap menjelang Februari 2020, adalah sebahagian daripada sumbangan kumpulan kepada masyarakat dan pemimpin masa depan. 

“Inilah peluang luarbiasa untuk generasi hari ini serta masa depan yang akan merangsang persekitaran yang lebih bersih dan meningkatkan produktiviti ekonomi kita,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemeteraian perjanjian itu di sini hari ini.

Anggaran penjimatan yang dibuat oleh EduCity semasa tahun pertama dalam perjanjian itu boleh mencecah sehingga RM31,354.

EduCity, sebuah hab pendidikan bersepadu seluas 121.41 hektar di Iskandar Malaysia merupakan tapak bagi institusi pengajian tinggi dan universiti dari seluruh dunia dengan menyediakan fasiliti terbaik untuk pelajar.

Sementara itu, Ketua Pegawai Teroka TNB Datuk Nor Azman Mufti berkata dua lokasi telah dikenalpasti bagi menjadi tapak PV tersebut iaitu di Kompleks Multi Varsity serta bahagian laluan pejalan kaki dalam kompleks berkenaan, kedua-duanya boleh menjana 152kWp dan 130kWp dengan jumlah keseluruhan sebanyak 282kWp dalam penjanaan elektrik. 

“Secara tahunan, kedua-dua lokasi ini boleh menjana sehingga 344, 816kWh/setahun,” katanya.

Di bawah skim SARE, EduCity juga boleh menjual lebihan tenaga suria daripada pemasangan PV itu kepada TNB dan mendapatkan kredit tenaga berasaskan imbangan satu dengan satu bagi mengurangkan caj elektriknya melalui skim pemeteran tenaga bersih.

“Selaras  dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan sasaran tenaga boleh diperbaharui dan pembangunan lestari Malaysia, TNB adalah komited untuk membangunkan perniagaan tenaga hijau sambil memenuhi keperluan masa hadapan secara berterusan dan boleh dipercayai,” kata Nor Azman.

Sementara itu, Pengarah Urusan TNB Renewables Sdn Bhd untuk GSPARX, Mohd Yusrizal Mohd Yusof berkata sehingga sekarang, syarikat telah memperolehi sejumlah 60 projek tenaga boleh diperbaharui dengan jumlah kapasiti sebanyak 6,000 kWp. 

“Buat masa sekarang, kita telah berjaya menyiapkan kira-kira enam projek dan berharap menjelang akhir tahun, kita akan dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya separuh daripada projek-projek tersebut daripada jumlah keseluruhan sebanyak 60,” katanya.

-- BERNAMA

 




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]