Berita

Saham Hibiscus petroleum naik selepas temui minyak pertama



KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Saham Hibiscus Petroleum Bhd naik hari ini selepas syarikat itu menemui minyak pertamanya di North Sabah Production Sharing Contract (North Sabah PSC).

Syarikat penerokaan dan pengeluaran minyak serta gas itu berkata anak syarikat milik penuhnya, SEA Hibiscus Sdn Bhd, telah berjaya menggerudi dan menyiapkan telaga SJ-105A pada 16 Julai lepas.

SEA Hibiscus mengambil alih pengendalian PSC North Sabah pada 31 Mac, 2018, melalui usaha sama 50 peratus miliknya dengan Petronas Carigali Sdn Bhd.

Ia adalah telaga pertama daripada tiga telaga yang sedang digerudi sebagai sebahagian daripada projek penggerudian telaga tambah St Joseph di Malaysia.

Pada 3.25 petang, saham Hibiscus Petroleum naik dua sen kepada RM1.06 dengan 18.61 juta saham didagangkan.

-- BERNAMA


 




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]