Berita

Program Biodiesel B10 dijangka terus beri impak positif kepada harga sawit



KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Pelaksanaan program Biodiesel B10 akan terus memberi impak positif terhadap harga pasaran minyak sawit dengan unjuran penggunaan minyak sawit negara dijangka bertambah sehingga 800,000 tan menjelang hujung tahun ini.

Sebagai rekod, Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata stok minyak sawit negara pada awal tahun ini melebihi tujuh juta tan dan kini berkurang kepada 2.4 juta tan.

“Ini satu perkembangan positif…bermakna ia akan memberi kesan terhadap pengurusan stok minyak sawit ini dan apabila kami urus stok ini dengan baik, maka ia akan beri kesan kepada harga,” katanya pada sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Program Biodiesel B10, iaitu adunan 10 peratus kandungan minyak sawit dan 90 peratus diesel petroleum dilaksanakan secara mandatori bermula 1 Feb lalu. 

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri Ti Lian Ker yang ingin tahu keberkesanan pelaksanaan program itu dalam meningkatkan pasaran industri sawit negara. 

Shamsul Iskandar berkata kerajaan juga akan terus menggiatkan usaha membantu pesawit mendapatkan pensijilan Minyak Sawit Mampan (MPSO) dalam meningkatkan profil tanaman itu di pasaran global termasuk menyediakan dana khas untuk tujuan tersebut. 

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]