KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Hibiscus Petroleum Bhd, SEA Hibiscus Sdn Bhd, pengendali 2011 North Sabah Enhanced Oil Recovery Production Sharing Contract (PSC) menemui minyak pertama daripada lapangan minyak St Joseph di bawah North Sabah PSC.
Hibiscus dalam satu kenyataan hari ini berkata pada 16 Julai ia telah menggerudi dan menyiapkan telaga SJ-105A, telaga pertama daripada tiga telaga yang digerudi sebagai sebahagian daripada projek penggerudian tambah St Joseph.
“Telaga SJ‐105A digerudi sebagai telaga mendatar iaitu kira-kira 2,400 kaki secara mendatar yang mana telah menemui 1,000 kaki minyak di lapangan minyak St Joseph,” kata syarikat itu..
Hibiscus berkata telaga SJ-105A kemudiannya mencapai kadar aliran pengeluaran yang stabil 1,000 tong minyak sehari, dengan pengurangan air sifar peratus, melebihi jangkaan.
Projek penggerudian tambah St Joseph adalah projek peningkatan pengeluaran yang bersama dengan projek penggerudian tambah South Furious 30 (SF30) dan projek suntikan air SF30, merupakan sebahagian daripada operasi tujuh telaga yang dilaksanakan di bawah North Sabah PSC pada 2019.
Sementara itu, Hibiscus berkata dua lagi telaga pengeluaran minyak ketika ini sedang digerudi di lapangan minyak St Joseph.
SEA Hibiscus membeli 50 peratus kepentingan penyertaan dalam North Sabah PSC daripada Shell pada Mac tahun lepas. Petronas Carigali Sdn Bhd memegang kepentingan selebihnya.
North Sabah PSC terdiri daripada St Joseph, South Furious, SF30 dan Barton -- empat lapangan minyak di Laut China Selatan yang dihasilkan secara terkumpul ke Terminal Minyak Mentah Labuan. Lapangan minyak ini telah menghasilkan pengeluaran sejak 1979.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]