Berita

Saham Tenaga jatuh 4.39 peratus selepas berita liberalisasi runcit elektrik

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd muncul sebagai satu daripada syarikat yang paling rugi di Bursa Malaysia, apabila harga sahamnya mersosot  4.39 peratus pada tengah hari ini, susulan berita bahawa kerajaan sedang menjalankan kajian untuk menentukan sama ada pembekal baharu bekalan tenaga akan di benarkan memasuki pasaran.

Pada  3 petang, saham pembekal utiliti elektrik tunggal di Semenanjung Malaysia itu jatuh 62 sen kepada RM13.52, dengan 4.76 juta saham didagangkan.

Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hari ini melaporkan bahawa Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah menjalankan kajian untuk menentukan sama ada liberalisasi sektor runcit elektrik akan menghasilkan tarif yang lebih berdaya saing kepada pengguna.

"Kementerian sedang meneliti dan mengkaji cadangan untuk meliberalisasi sektor runcit elektrik bagi membenarkan pengguna untuk memilih pembekal elektrik selain daripada Tenaga.

"Berhubung isu ini, Kementerian menjangkakan untuk membentangkan dapatannya kepada kabinet dalam tempoh terdekat bagi membantu menentukan masa depan industri bekalan elektrik,” memetik kenyataan kementerian dalam jawapan bertulis di Parlimen pada 3 Julai, 2019.

-- BERNAMA  


 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]