KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Kecekapan dan penjimatan tenaga dijangka dapat dipertingkatkan melalui Rang Undang-Undang (RUU) Akta Kecekapan dan Penjimatan Tenaga (EECA) yang dipersetujui Kabinet pada bulan lepas.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, seterusnya RUU itu perlu dibentang dan diluluskan oleh Parlimen.
“Ia akan dibentangkan pada akhir tahun ini atau tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu program sempena Festival Arkitek Kuala Lumpur 2019 (KLAF 2019) di sini, hari ini.
Yeo berkata, akta baharu itu juga bakal memberi fokus kepada pengurangan penggunaan tenaga dan sekaligus mengurangkan bil elektrik pengguna.
“(Contohnya) Kita dapati penggunaan elektrik di bangunan kini adalah tinggi, oleh itu kerajaan mahu cari satu cara supaya mungkin dari segi reka bentuk sesuatu pembinaan itu dapat dibuat supaya ia lebih mesra tenaga,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]