Berita

Beyond Paradigm Summit rangsang industri IR4.0 di Malaysia



KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) --  Serba Dinamik  Holdings Bhd selaku penganjur ‘Beyond Paradigm Summit 2019’ berharap program tersebut akan merangsang pembangunan industri Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) di Malaysia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah berkata sidang kemuncak yang bertujuan mewujudkan idea dan pengkonsepan yang akan memacu inovasi radikal dan tambahan itu akan diadakan di Kuala Lumpur pada 17 hingga 18 Julai ini dan 20 hingga 21 Julai ini di Kuching.

“Saya yakin sidang kemuncak itu akan memacu negara untuk berada di barisan hadapan pendigitalan dalam menuju ke arah IR4.0 bersama-sama penggiat industri, khususnya daripada sektor swasta,” katanya pada sidang akhbar mengenai program tersebut di sini hari ini.

Mohd Abdul Karim berkata Malaysia belum menjadi penggiat aktif teknologi sempadan dan sehubungan itu beliau berharap sidang kemuncak itu akan membuahkan idea-idea radikal dan tambahan sebagai sebahagian daripada strategi negara dalam menggerakkan rantaian nilai dan mempercepat pacuan pendigitalan dalam kalangan sektor swasta.

“Kita perlu memainkan peranan ini dan kami gembira kerana mendapat sokongan daripada badan kawal selia yang lain.

“Kami berharap sidang kemuncak ini akan dianjurkan lagi pada masa akan datang supaya teknologi ini dapat dikongsi kepada masyarakat, sekali gus meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Lebih 1,000 delegasi dijangka menghadiri sidang kemuncak itu yang akan menampilkan ahli panel tempatan dan antarabangsa terkemuka serta pakar-pakar, selain mempamerkan teknologi IR4.0.

Program di Kuala Lumpur dijadual dirasmikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, manakala Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg akan merasmikan acara di Kuching.

Antara topik yang akan dibincangkan pada sidang kemuncak itu termasuk tenaga kerja AI, kemajuan dalam robotik sehinggalah kepada penyelesaian transaksi tanpa fi dalam industri teknologi kewangan.

Program tersebut turut menampilkan robot manusia yang dikenali sebagai Sophia.

“Sophia akan menunjukkan bagaimana AI yang terkini boleh memberi nilai tambah kepada perniagaan memandangkan ia menggabungkan bersama-sama pelbagai proses berasingan menerusi Objek Rangkaian Internet,” kata Mohd Abdul Karim.

Beliau berkata sidang kemuncak itu juga akan menjadi platform kepada syarikat untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai komponen teknologi untuk memberi nilai tambah kepada perniagaan teras, perkhidmatan kejuruteraan serta penyelesaian dalam industri minyak dan gas.

‘Beyond Paradigm Summit 2019’ dianjurkan bersama oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, manakala Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia dan Microsoft ialah rakan kongsi rasmi.

-- BERNAMA


 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]