Berita

IGEM 2019 sasar peluang niaga RM2.8 bilion



KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Persidangan dan Pameran Antarabangsa Produk Teknologi Hijau & Eko Malaysia (IGEM) ke-10 yang dijadualkan pada 9 hingga 11 Okt depan, menyasarkan meraih RM2.8 bilion dalam perniagaan ekonomi hijau membabitkan penyertaan lebih 35 negara.

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Isnaraissah Munirah Majilis berkata dengan lebih 350 pempamer dan 35,000 pengunjung global dijangka pada tahun ini, IGEM menawarkan satu-satunya hab pameran teknologi hijau dan produk daripada perniagaan hijau di rantau ini.

“Ia menawarkan pelawat perdagangan, platform untuk meneroka peluang ekoperniagaan yang menguntungkan dan menjalin perkongsian strategik melalui program pemadanan perniagaan,” katanya pada majlis prapelancaran IGEM 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Isnaraissah Munirah berkata objektif utama IGEM adalah sebagai pintu masuk ke pasaran teknologi hijau yang berkembang di ASEAN, dan dengan itu memacu pertumbuhan bandar hijau di seluruh rantau ini.

Bertemakan Innovating Sustainability, beliau berkata IGEM 2019 akan meneroka mod integrasi antara penyelesaian ekonomi hijau dan penerapannya untuk mencapai matlamat pembangunan mampan untuk pelbagai industri global.

IGEM 2019 akan menumpukan kepada penonjolan inovasi dalam lima sektor utama teknologi hijau, merangkumi tenaga boleh diperbaharui, kecekapan tenaga, teknologi sisa dan pengurusan, serta pembiayaan hijau dan pembuatan hijau.

Sebahagian daripada isu yang akan dibincangkan dalam acara tiga hari ini adalah pencemaran sungai, bekerjasama untuk menamatkan sisa plastik, usaha ke arah udara bersih dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

-- BERNAMA


 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]