Berita

Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik dilantik sebagai CEO@POLYCC



KUCHING, 3 Julai (Bernama) -- Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif  Serba Dinamik  Holdings Berhad Datuk Dr Ir. Mohd Abdul Karim Abdullah dilantik sebagai CEO@PolyCC dan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri Politeknik Kuching bagi tahun 2019-2020.

Pengarah Politeknik Kuching, Jamaliah Ahmad berkata dengan pelantikan itu, beliau berharap ia dapat meningkatkan capaian kepada industri dalam pelbagai aktiviti kolaberasi termasuklah memberi khidmat nasihat berkaitan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, latihan, penilaian dan penyelidikan.

“Diharapkan pemindahan pengetahuan dari industri ke politeknik melalui perkongsian pengetahuan dan kemahiran diantara industri dan politeknik akan dapat dipertingkatkan bagi melahirkan graduan untuk pasaran kerja yang memenuhi kehendak industri,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan surat  pelantikan CEO@PolyCC di sini hari ini.

Abdul Karim menyifatkan pelantikan berkenaan sebagai menjemput pengamal industri untuk seiringan bersama dengan kalangan pendidik supaya apa yang diajarkan diperingkat politeknik ini dapat memenuhi kehendak industri pada masa hadapan.

“Bagi saya, ini merupakan peluang terbaik untuk berkongsi pengalaman supaya sistem pendidikan di peringkat politeknik ini dapat dipertingkatkan dari segi kesesuaian bagi para pelajar yang apabila mereka sudah tamat pengajian nanti, ia dapat memudah mereka berkecimpung dalam bidang yang dipelajari,” katanya.

Sementara itu, pada majlis itu juga, pihak Politeknik Kuching telah menjalinkan kerjasama strategik dengan 10 lagi pemain industri dan agensi melalui Sijil Kerjasama Strategik dengan matlamat utamanya adalah untuk berkongsi ilmu dan kemahiran selain bekerjasama dalam penganjuran seminar, persidangan atau pembangunan penyedlidikan.

“Antara 10 pemain industri itu ialah Proaktif Electrical Sdn Bhd, Fujitsu Component (Malaysia) Sdn Bhd, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (Sarawak), Brooke Dockyard and Engineering Works Corporation dan Here Malaysia Sdn Bhd,” kata Jamaliah.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]